PERUTUSAN PENGETUA CEMERLANG

PERUTUSAN PENGETUA  

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

            ALHAMDULILLAH, segala pujian kepada Ilahi atas taufik dan hidayah-Nya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu, khususnya jawatankuasa laman web sekolah kerana berjaya membina dan membangunkan laman web ini seiring dengan hasrat kerajaan membudayakan ICT yang menjadi saluran komunikasi paling berkesan khususnya dalam dunia pendidikan.  Dengan adanya laman web ini pastinya maklumat yang berkaitan dengan sekolah dapat diketahui dengan cepat, tepat, bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain itu, laman berbentuk interaktif ini juga akan dapat mempromosikan sekolah dan merapatkan lagi SBPIBR dengan masyarakat umum.

 

            Saya berharap laman web ini sentiasa dikemas kini dan dimanfaatkan oleh warga sekolah kerana dapat mempertingkatkan penggunaan dan penguasaan ICT dalam kalangan guru, pelajar, staf sokongan dan warga SBPIBR. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan laman web ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat laman web ini. Semoga wahana interaktif ini mampu menjadi sumber saluran informasi profesional yang berkesan dan wadah kepada kecemerlangan pendidikan negara.

 

Wassalam.

 

” Bersama Menjulang Kegemilangan BRaInS”

 

HAJAH HAMIDAH BINTI HUSSIN

Pengetua Cemerlang

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu.

 

 

 

Comments   

0 #1 Janina 2017-11-20 17:23
I have checked your site and i've found some duplicate
content, that's why you don't rank high in google's search results, but there is
a tool that can help you to create 100% unique articles, search for; Boorfe's tips unlimited content

my blog post - GeorginaSmall: https://Delbert33.wix.com
Quote

Add comment

Security code
Refresh

Additional information