Sejarah Sekolah

                 SBP Integrasi Batu Rakit yang dahulunya SMKA Batu Rakit telah dinaiktaraf dan dibuka pada 17 Januari 2003 . Di bawah Rancangan ke 8, pada tahun 2001 SMKA Batu Rakit yang baru telah dibina menggantikan sekolah lama. Ianya menelan belanja RM37 juta. Sekolah ini terletak kira-kira 5 kilometer dari SMKA Batu Rakit yang lama dan kira-kira 37 kilometer dari Kuala Terengganu. 


                Sekolah ini mula dibina pada tahun 2001 dan diduduki pada awal tahun 2003 iaitu apabila bermulanya sesi pertama penggal persekolahan. Sekolah ini adalah sekolah yang pertama menggunakan satu sistem yang mesra alam antara sekolah-sekolah di Malaysia dan merupakan projek yang kedua terbesar sekolah-sekolah di Malaysia dan merupakan projek yang kedua terbesar selepas projek pembinaan Universiti Sains Malaysia. 


              Sekolah ini mempunyai segala kemudahan untuk pentadbir, para guru, pelajar dan kakitangan yang merangkumi kediaman Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Ketua Warden, 24 unit kuarters guru, surau sekolah, kantin sekolah, dewan besar, dewan makan dan padang permainan. Pada 5 Januari 2003, SMKA Batu Rakit dinaikkan taraf menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh dan lahirlah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit yang indah dan permai .

 SUSUR GALUR PENUBUHAN SBP INTEGRASI BATU RAKIT

 

IMEJ SATELIT SBP INTEGRASI BATU RAKIT

SUMBER : GOOGLE MAP

 

 

 

Additional information